Hadis Rasullullah sallallahu alaihiwassalam merupakan wahyu kedua setelah Al-Quran Al-Karim.Diantara tujuh buah kitab hadis yang polular ada dua kitab hadis yang dinilai paling sahih dan tepat menurut para ulama ahli hadis.Kedua kitab sahih tersebut yang lebih dikenali sebagai sahihan atau dalam periwayatan yang menyebit Muttafun Alaih adalah merujuk kepada kitab sahih yang dihimpun dan ditulis aleh Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhara yang lebih dikenali sebagai SAHIH AL-BUKHARI dan himpunan serta tulisan Imam Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Nasaaiburi yang lebih dikenali sebagai Sahih Muslim.Kedua-dua kitab sahih ini memuatkan beribu-ribu matan serta sanad yang sahih sehingga menjadi berjilid-jilid jika diterjemah dan dihurai(disyarah) dalam bahasa kita.Walaupun begitu sangatlah ramai ahli hadis dan pencinta ilmu hadis dari seluruh pelusuk dunia Islam yang dapat menhafal kedua-dua kitab sahih ini setelah Al-Quranul Karim.
Maka dengan kehadiran kitab Umdatul Ahkam yang memuatkan hadis-hadis hukum yang terdapat dalam kedua kitab sahih ini yang ditulis oleh Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah bin Muqdan bin Nash bin Abdullah ini sangat bernilai untuk pencinta ilmu hadis.
Kitab ini kemudian disyarah (diberi Penjelasan) pula oleh ulama pada zaman ini iaitu Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman Al-Bassam.
Alangkah beruntungnya orang yang membeli dan memiliki kitab ini sebagai tanda ittiba dengan penuh ikhlas kepada sunnah baginda Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang tidak ada lagi Rasul dan Nabi sesudah baginda sehingga hari kiamat.Diskaun sebanyak 15% diberikan untuk pembelian buku ini.
Penerbit: PUSTAKA AS-SUNNAH