Siri buku poket yang bertajuk Sifat Wudhu Nabi sallallahu alaihi wassalam ini adalah dari tulisan Syaikh Abdurrahman Al-Jibrin .Buku ini menerangkan bagaimana cara mengambil wudhu yang benar dan betul mengikut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasalam kerana ramai diantara anak-anak remaja bahkan sehingga orang dewasa masih ada yang cara berwudhunya tidak menepati sunnah Nabi sallallahu alaihi wasalam.Semuga buku kecil ini bermanafaat bagi pembaca kerana ia disertakan dengan gambarajah tata cara berwuduk dan dengan dalil yang sahih dari hadis Nabi yang mulia.
Marilah kita mengikuti sunnah Nabi kita dengan taharah yang sempurna kerana seperti mana kata-kata Imam Al-Barbahari dalam kitabnya Syarhus Sunnah “Islam itu Sunnah dan Sunnah itu adalah Islam.