Tunaikanlah zakat hartamu sebelum harta itu meninggalkan dirimu atau kamu berpisah dari hartamu.Kemudian harta itu akan menjadi rebutan ahli warismu.Hidup didunia ini umpama seorang musafir yang berkelana sedangkan harta pun hanyalah kesenangan yang sementara sahaja dan akhiratlah tempat tujuan yang kekal abadi.Kamu juga tidak tahu bila harta ity pergi dan bila pula kamu akan menghadap Ilahi.
Sedangkan Zakat apabila telah menjadi kewajipan buat anda apabila telah cukuop haul dan nisab maka ia menjadi kewajipan dan tanggungan anda selamanya sebelum zakat itu anda tunaikan atau anda menginginkan zakat yang belum dijelaskan atau ditunaikan itu akan membawa masalah dan musibah kepada anda dihari Akhirat kelak?Mungkin ada yang berkata “saya tidak tahu harta yang bagaimana yang wajib saya keluarkan zakatnya?Bila masanya saya harus mengeluarkan zakat?Berapa kadarnya?
Buku kecil dihadapan anda ini Insya Allah dapat menjawab segala kemusykilan
anda mengenai taca cara berzakat.
Penerbit: PUSTAKA IBNU UMAR