Islam adalah agama yang sempurna dan hanya agama Islam diterima disisi Allah Azzawajalla.Setiap umat Islam diberi panduan oleh syariat bagaimana menjalani dan mengerjakan ibadah hanya kepada Allah dengan menegakkan kalimah Tauhid dan menjauhi kesyirikan dan pintu-ointu yang membawa kepada kesyirikan.
Apibila seorang hamba Allah itu merasa sakit maka menjadi sunnatullah ia akan mencari ubat atau penawar untuk menyembuhkan sakit,demam atau gangguan yang dialaminya.Ada yang mengambil jalan mudah mungkin disebabkan oleh kebodohan dan kejahilannya dengan berjumpa dukun,bomoh atau pawang untuk mengubat atau meminta pertolongan dari mereka.Sedangkan mereka tidak tahu atau tahu tentang larangan keras dari Rasulullah sallallahu alaihi wasalam dari mendatangi bomoh,tukang tilik,dukun atau pawang dengan ancaman tidak diterima solat mereka selama 40 (hari/malam)?
Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk berdoa secara sendiri tanpa pertolongan sesiapa melainkan kepada Allah Azzawajalla sahaja.Buku kecil ini memberi panduan bagaimana untuk meruqyah diri sendiri atau ahli keluarga dengan cara yang syari’e berpandukan kepada Al=Quran dan As-Sunnah yang sahihah.Semuga ia menjadi pedoman untuk diamalkan didalam kehidupan kita.