SEJARAH PEMIKIRAN 2: AKAL DAN WAHYU, MANHAJ AHLI SUNNAH, MUKTAZILAH DAN MODENISME (HARD COVER)
SIPNOSIS
Buku Sejarah Pemikiran 2 ini adalah buku ilmiah yang sarat dengan pemikiran untuk mengajak pembaca berfikir mengenai kebenaran yang sepatutnya menjadi paksi pemikiran manusia. Kebenaran yang dimaksudkan ialah mengenai aqidah Islam yang sahih.
Jika Sejarah Pemikiran 1 mengajak pembaca berfikir menolak isme-isme yang berlandaskan pemikiran syaitan atau Satanism yang dipelopori khususnya oleh gerakan illuminati, maka Sejarah Pemikiran 2 mengajak manusia agar berdiri di atas akidah Islam yang sahih dan asli berasaskan metodologi al-Quran dan al-sunnah atas fahaman para Sahabat. Setiap isu di rungkai oleh penulis di samping menjawab kritikan-kritikan yang tidak selari dengan pemikiran Islam yang sebenar.
Dalam dunia globalisasi yang penuh cabaran ini buku ini mampu membuka minda pembaca untuk berfikir dalam kerangka atau acuan Islam. Kini setelah lebih 14 abad Islam bersemarak ke dunia menerusi ajaran yang disampaikan oleh Nabi akhir zaman Muhammad Rasulullah s.a.w musuh tetap dengan agenda fantasi dan menyesat umat manusia yang memerlukan permurniaan setiap masa. Ajaran Islam sepanjang zaman diteruskan oleh pelbagai tokoh dan pemikir yang datang dan pergi untuk mengislahkannya. Kita semestinya mempertahankan dan memperkukuh apa yang telah jelas kebenarannya dan memperkukuh apa sahaja kekurangn apatah lagi penyelewengan.
Buku ini adalah hasil kepakaran dan kepekaan penulis terhadap masyarakat dunia setelah meniliti pelbagai cabaran dan pengalaman beliau – amat wajar dibaca oleh setiap orang yang berfikir untuk mencapai jalan Allah. Setiap manusia yang hidup secara normal akan sentiasa berfikir dan buku ini salah satu daripada buku-buku yang mampu membangkitkan minda pembaca untuk berfikir khususnya untuk mengenal pasti kekeliruan dan kesesatan yang di bawa oleh syaitan dan pengikut-pengikutnya.
Buku ini membincangkan berkenaan pergolakan dalam ilmu tauhid dari zaman ke zaman. Untuk memudahkan memahami masalah, tajuk berikut diperincikan:
Peranan wahyu untuk memandu akal dan suara hati.
- Perbezaan antara pemikiran (falsafi) dan akidah Islam dari segi konsep mentauhidkan Allah Yang Maha Esa.
- Konsep tauhid Yunani purba, Ibu Sina, Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Rushd dan Imam Al-Ghazali rhm.
- Dasar Manhaj para Rasul dan Ahlis Sunnah wal Jamaah.
- Perbezaan antara bidaah dan ijtihad.
- Masalah tahrif dan takwil batil terhadap sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna.
- Hubungan antara Imam Abu Hasan Al-Asyari rhm dan pengikut al-Asyairah zaman kebelakangan dari segi akidah dan manhaj.
PENULIS
DR. SULAIMAN BIN NOORDIN mempunyai latarbelakang pendidikan yang unik. Tidak ramai penulis berpeluang menimba ilmu pengetahuan di peringkat ijazah daripada dua sistem pendidikan yang berbeza seperti beliau, iaitu mendapat ijazah pengajian tinggi dalam bidang sains di Australia dan United Kingdom di samping kemudiannya ijazah pengajian Islam dari Umm Al-Qura, Makkatul Mukarramah. Dengan pendidikkan formal yang yang mewakili dua falsafah pendidikan yang bertentangan ini, beliau telah dapat menimba pengalaman yang amat berharga tentang kepelbagaian fahaman yang ada dalam pemikiran-pemikiran yang pelbagai. Latarbelakang beliau ini membolehkan beliau mendokumenkan dengan terperinci perspektif beliau sendiri dalam buku ini tentang perbanding ideology dan sio politik dunia berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah beliau lalui itu.
MAKLUMAT BUKU
Tajuk: Sejarah Pemikiran 2 (Akal dan Wahyu, Manhaj Ahli Sunnah, Muktazilah dan Modenisme)
Penulis: Dr. Sulaiman Noordin (BSc.(A.N.U)), PhD(Aberdeen), BIS (Umm Al-Qura))
Pencetak: Added Enterprise Sdn Bhd
Jumlah m/s: 744 muka surat
Kulit Buku: Hard Cover
KANDUNGAN BUKU
BAB 1 – AKAL DAN WAHYU
BAB 2 – WAHYU, SAINS DAN FALSAFAH (PEMIKIRAN)
BAB 3 – RISALAH PARA RASUL
BAB 4 – PERANAN HADIS SEBAGAI SUMBER KEDUA SELEPAS AL-QURAN
BAB 5 – MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: GARIS PANDUAN
BAB 6 – DASAR DAN KAEDAH MANHAJ
BAB 7 – MANHAJ AHLI SUNNAH DALAM AKIDAH (USULUDDIN)
BAB 8 – BIDAAH: ASAL-USUL, PERATURAN DAN HUKUMNYA
BAB 9 – MASALAH TAKWIL: SAHIH DAN TAKWIL BATIL
BAB10 – TAUHID DAN SIFAT ALLAH
BAB11 – SIFAT-SIFAT DAN NAMA-NAMA ALLAH
BAB12 – HUBUNGAN AKIDAH IMAM AS-SYAARI DAN AL-ASYA’IRAH
BAB13 – MANHAJ AL-ASYA’IRAH
BAB14 – KONSEP NUR MUHAMMAD MENURUT ISLAM
BAB15 – KONSEP NUR MUHAMMAD DALAM TEORI MARTABAT TUJUH
BAB16 – AJARAN BATINIYYAH
BAB17 – MUKTAZILAH GAYA BARU
BAB18 – SELAWAT DAN SALAM KEPADA RASULULLAH SAW
BAB19 – JIN DAN BOMOH (DUKUN)
BAB20 – KEGAWATAN EKONOMI ANTARABANGSA: CADANGKAN BAGI PEMULIHANNYA
BAB21 – MISTERI MOLOCH DAN TIGA PULAU
BAB22 – ADDENDUM: TIPU MUSLIHAT BRITISH, PERANCIS DAN ARAB NATIONALIS