Buku berjudul Perangkap Iblis ini adalah terjemahan lengkap dari kitab asli yang berbahasa Arab tulisan Ibnul Jauzi rahimahullah ( wafat pada tahun 587H) dan bukannya ringkasan atau mukhtashar seperti kebanyakan buku lain yang sudah diterjemah sebelum ini.
Iblis adalah makhluk terkutuk dari kalangan syaitan dan syaitan pula adalah dari kalangan jin dan diciptakan dari api.Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi(18:50) maksudnya”Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat”Sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali Iblis.Dia adalah dari golongan Jin dan ia menderhakai perintah Rabbnya.
Didalam Sahih Muslim (hadis no 2996) Rasullullah sallallahu alaihi wasalam menyatakan “Malaikat itu diciptakan dari cahaya,jin diciptakan dari nyalaan api,Adam dicipta dari apa yang telah dijelaskan kepada kamu”
Buku ini menceritakan 560 cara tipudaya dan kesesatan iblis atau talbis iblis dalam rangka untuk menyesatkan anak Adam.
Bentuk dan cara tipudaya Iblis sangatlah banyak diantaranya adalah dengan memecah belahkan kesatuan dan perpaduan kaum muslimin sehingga mereka bercerai berai dan berpuak-puak dan semakin jauh dari jalan kebenaran sedangkan jalan kebenaran itu hanyalah satu iaitu dengan berpandukan kepada Kitabullah dan As-Sunnah As-Sahihah dengan pemahaman yang lurus dan benar mengikut petunjuk para salafus soleh.Sedangkan Iblis dan bala tenteranya menyeru kelubang-lubang neraka agar manusia terjerumus bersama sama mereka ke neraka Jahanam nauzubillah.
Firman Allah Azzawajalla dalam Surah Al-A’raf(7:16-17) maksudnya:
Iblis menjawab”Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat,maka aku benar-benar akan(menghalang-halangi) merekadari jalan Engkau yang lurus,kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan mereka,dari belakang mereka,dari kanan mereka dan dari kiri mereka.Dan Engkau akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur(taat)”.
Inilah antara pokok pembahasan mengenai tipu daya Iblis yang dijelaskan dalam kitabnya ini iaitu tentang betapa pentingnya mengikuti sunnah nabawiyah dan menjauhi segala pintu bidaah dan kesesatan.Dengan membaca dan menjadikan buku ini sebagai satu lagi koleksi diperpustakaan anda akan menambahkan lagi ilmu yang bermanfaat dan menjadi penyuluh kepada jalan kebenaran biiznillah Insya Allah.
Penerbit:DARUSSUNNAH