Kemulian dan akhlak baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasalam dijelaskan didalam Al-Quran yang mulia dan sewajarnya kita umat manusia bersyukur kepada Allah kerana telah mengutus baginda sebagai penunguk jalan kebenaran kepada seluruh manusia.Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah akhlak Al-Quran.Baginda adalah contoh terbaik bagi seluruh umat manusia sejak dari kandungan ibunya hinggalah kepada kewafatan baginda penuh dengan jikmah.Atas dasar sifat-sifat dan akhlak yang terpuji itulah Allah menjadikan baginda sebagai uswatun hasanah dan sebagai pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman dan peringatan dan ancaman bagi orang-orang yang ingkar.Setiap muslim yang beriman kepada Allah dan RasulNya pastilah mengikuti dan ittiba dengan penuh keikhlasan dan kepatuhan kepada syariat Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasalam.
Sebaliknya umat Islam tidak boleh menyakiti baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasalam atas apa alasan sekali pun.Maka hukuman mati sajalah yang layak bagi pencaci maki baginda dan Nerakalah seburuk-buruk tempat kembali untuk mereka.Inilah yang ditulis dan difatwa oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab ini yang diberi kupasan dan diterjemahkan oleh Dr.Salah Ash-Shawi dan diterbitkan oleh Griya Ilmu ini.
Semuga kita menjadi umat yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallallahu alaihiwasalam sebagai panduan hidup kita.