Saudara dan saudari pembaca yang mulia,
Tidak banyak buku yang ada dipasaran yang membincangkan secara khusus dan mendalam tentang masalah Wakaf ,Hibah dan Wasiat serta tata cara pelaksanaannya.Sedangkan masalah ini sangat penting untuk diketahui oleh umat Islam secara khusus untuk dijadikan rujukan dan panduan tentang masalah yang berkaitan dengan perkara ini.Walhamdulillah sejak kebelakangan ini kesedaran umat Islam tentang tuntutan ibadah ini ramai umat Islam telah mewakafkan,menghibahkan dan mewasiatkan harta mereka untuk maslahat umat Islam yang lain sebagaimana yang dianjurkan dalam agama.
Buku yang hadir dihadapan pembaca ini tulisan seorang ulama besar dizaman kita iaitu oleh Syaikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin ini membahas secara terperinci tata cara dan pelaksanaan wakaf,hibah dan wasiat dikalangan kaum muslimin.Keilmuan yang ada pada diri masyaikh ini jelas terserlah apabila beliau rahimahullah menjelaskan dan mentarjih(menguatkan pendapat) permasalahan-permasalahan yang sering diperselisihkan oleh ulama iaitu bersadarkan dalil yang ditunjukkan oleh Al-Quran,As-Sunnah dengan pemahaman para sahabat serta pendapat para salafus soleh.
Jika dibuat perbandingan dengan buku-buku yang lain berkaitan tajuk yang sama maka para pembaca akan mendapat keutamaan ilmu yang tinggi pada diri masyaikh ini dan itu afdalah dari kurniaan Allah kepada beliau yang sememangnya beliau memiliki keilmuan dan pujian yang selayaknya adalah kerana keilmuannya juga.Alangkah beruntungnya pembaca yang mulia menjadikan buku ini sebagai satu lagi koleksi kesayangan anda.
Penerbit:PUSTAKA IMAM SYAFII