Siri buku bersaiz poket terbitan Pustaka Ibnu Umar ini adalah sebuah buku kecil tetapi padat dengan ilmu sehingga ia menjadi sebuah buku panduan yang agak lengkap dengan hukum fiqih sebagai panduan bagi orang yang sakit untuk belajar mengerjakan solat.
Jika kita lihat senario yang berlaku kepada masyarakat Islam pada hari ini ramai yang mengabaikan kewajipan solat fardhu diwaktu sedang sakit bahkan ada yang tidak solat walaupun sihat wal afiat.Semuga buku kecil ini menjadi panduan dan rujukan bagi orang yang sakit mahupun sihat tentang bagaimana mengerjakan solat dengan benar dan sempurna mengikut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasalam agar semuga di Akhirat nanti perkara pertama yang dihisab adalah solat kita dan solat yang sempurna dan diterima Allah akan menjadi amal salih untuk kita bawa berjumpa dihadapan Allah nanti.Sesungguhnya hanya Allah Azzawajalla sahaja tempat tujuan kita.