Imam Ibnu Qayyim rahimahullah yang wafat pada tahun 751H telah menulis sebuah buku perubatan Islam yang sangat penting dan bernilai untuk dijadikan rujukan oleh umat Islam pada hari ini.Buku berjudul Thibbun Nabawi atau Metode/Kaedah Pengubatan Nabi ini menerangkan kaedah rawatan Rasulullah sallallahu alaihi wasalam dengan ubat-ubatan yang disebut dalam kitab ini.
Hari ini ramai orang telah menampilkan konsep pengubatan alternatif sebagai gantian kepada ubat-ubatan dan rawatan moden.Pada asasnya ajaran agama Islam sangat menitik beratkan metodologi atau kaedah rawatan yang bersumberkan dari wahyu dan sunnah sebagai kaedah rawatan yang terbaik.Akan tetapi tidak ramai kaum muslimin yang mengetahui atau pun belajar kaedah pengubatan dan rawatan terbaik ini sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasalam.
Alhamdulillah buku ini hadir kehadapan pembaca dengan menerangkan kaedah pengubatan Nabi.Buku ini disusun oleh seorang doktor yang hebat pada zamannya iaitu Imam Ibnu Qayyum Al-Jauzi rahimahullah.Semuga dengan membaca buku ini akan menambahkan keimanan kita kepada ajaran agama Islam dan membuka mata dan minda kita terhadap kaedah rawatan Islam mengikut wahyu.
Semuga dengan ilmu pengetahuan yang kita pelajari dari Thibbun Nabawi ini akan menjadikan kita sentiasa berusaha mencari penawar untuk kesembuhan penyakit yang dihidapi dan menjadikanamalan sunnah ini sebagai panduan untuk kesihatan diri kita.Wallahu a’lam.