Buku: Aqidah Islamiyyah Dari Al-Kitab dan As-Sunnah
Penulis: Syeikh Muhammad Jamil Zainu
Sinopsis:
Buku ini adalah koleksi 66 soal jawab berkenaan Aqidah Islamiyyah dan setiap jawapan kepada setiap soalan disertakan sekali dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.
Aqidah yang benar adalah perkara paling penting dalam kehidupan seorang Muslim. Tanpa aqidah yang benar, apetah lagi apabila seseorang itu terjebah ke dalam lembah syirik, maka amalan seseorang tidak akan diterima oleh Allah dan boleh terhapus segala amalan kebaikannya yang telah dilakukannya sebelum itu.
Buku ini menjawab banyak persoalan asas dan penting dalam hal aqidah secara ringkas dan mudah, sesuai bagi semua peringkat usia.
Buku ini juga diberi kata aluan oleh mantan panel aqidah JAKIM yang berkhidmat selama 44 tahun.
Antara yang dibincangkan adalah:
1. Rukun Islam dan Rukun Iman
2. Syarat-Syarat Amalan Diterima
3. Perbincangan Secara Ringkas tentang Aqidah Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ Wa Sifat
4. Jenis-Jenis Syirik Kecil dan Syirik Besar
5. Makna لا اله الا الله
6. Dimana Allah?
7. Hukum Berdoa Kepada Orang Yang Telah Meninggal Dunia
8. Hukum Tawaf Di Kubur Orang Soleh
9. Adakah Seseorang Manusia Mengetahui Perkara Ghaib?
10. Dengan Apa Kita Dibolehkan Bertawassul Kepada Allah
11. Bolehkah Kita Memuji Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam secara Berlebih-Lebihan..
12. Apa Yang Seharusnya Kita Lakukan sekiranya Berselisih Pendapat.
Dapatkan nbuku ini di Rizhaza Shoppe dan pembelian secara atas talian(online) anda layak mendapat diskaun istimewa sebanyak 15%.Jangan lepaskan peluang untuk tawaran tanpa had ini.